Bekas MB Johor Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara di sini, malam ini.

Perkara itu disahkan Anaknya, Nornekman yang mengesahkan bahawa bapanya menghembuskan nafas terakhir jam 11.45 malam.

Pada 13 November lalu, media melaporkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin baik selepas dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor akibat serangan strok ringan bulan lepas.

Nornekman berkata Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dalam pemerhatian rapi dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.

Untuk rekod Osman, 70, adalah Menteri Besar Johor ke-16 dan yang pertama daripada Bersatu yang dilantik selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Beliau memegang jawatan tersebut kira-kira 11 bulan sebelum melepaskannya pada April 2019.

BBerkaitan

Latest articles