Bekas KP SPRM Desak Sri Ram Jawab Tawaran Penyelesaian Kes Riza

Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram digesa menjelaskan mengapa pihaknya bersetuju dengan permohonan penerbit Hollywood, Riza Aziz untuk melepas tanpa membebaskan dalam kes membabitkan penggubahan wang.

AG: Keputusan DNAA Riza dibuat lepas dapat taklimat DPP

Kes Riza Aziz: Tommy Thomas Dan Azam Baki Berbalas Kenyataan

Bekas Ketua Pesuruhkaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata isu itu perlu dijelaskan Sri Ram memandangkan beliau merupakan timbalan pendakwa raya kanan (DPP) dalam beberapa kes membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Gopal Sri Ram adalah DPP yang dilantik oleh (Peguam Negara) Tommy (Thomas) untuk mengendalikan kes-kes yang melibatkan 1MDB. Oleh itu AG semestinya bertindak atas nasihat beliau.

“Jadi Gopal Sri Ram perlu jelaskan kenapa representasi Riza diterima. Jadi tiadalah ada orang itu ‘tertanya’ atau ‘keliru’. Jangan duduk diam saja,” demikian memetik muat naik di laman Twitternya.

Riza yang juga anak tiri kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa pada Julai tahun lalu atas tuduhan menerima sehingga RM1.08 bilion yang didakwa disalahguna daripada 1MDB.

Riza membuat permohonan melepas tanpa dibebaskan pada pihak pendakwaan pada 18 November 2019.

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Pendakwa Raya ad hoc, Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah ia tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian itu.

Bekas peguam negara, Tommy Thomas bagaimanapun menafikan bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut.

Penafian Tommy dibuat selepas SPRM mempertahankan penyelesaian terhadap peRiza adalah seperti dipersetujui Tommy kerana ia merupakan keputusan dibuat pasukan pendakwaan kes itu.

Latest articles

Related articles

spot_img