Bekas KP J-Kom ‘Kantoi’ Berbual Lucah Dengan Lelaki, Siap Panggil Sayang

KUALA LUMPUR: Tular sejak dari lewat petang semalam adalah sat rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang dikatakan mirip Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Video tular itu dikongsikan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya.

Di dalam video yang berdurasi 3 minit 3 saat itu, jelas perbualan antara lelaki yang dikatakan mirip Dr Agus dengan seorang lelaki, antara kandungannya seolah-olah sedang mengajak melakukan hubungan intim.

Malah kedengaran panggilan ‘sayang, malah nasihat kepada lelaki itu supaya tidak malu dengan perasaan sendiri.

Dalam pada itu, Che’gu Bard mempersoalkan ketulinan video itu.

“Video ini betul atau tidak? Adakah ini Agus, Pengarah J-Kom lantikan Anwar Ibrahim yang telah meletakkan jawatan hari ini?

“Memang bukan rahsia pertembungan Agus dan beberapa watak dalam Pejabat PM…Adakah perkara ini viral kerana pertembungan J-Kom dan PMO,” tulisnya.

Dr Agus, pada semalam mengesabkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan, dimana surat pemakluman telah diserahkan kepada Perdana Menteri semalam.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

BBerkaitan

Latest articles