Bekas Ketua Menteri Sabah Bebas 46 Tuduhan Rasuah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman daripada kesemua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkenaan kontrak konseso balak di Sabah.

Keputusan dibuat Hakim Muhammad Jamil Hussin selepas membenarkan permohonan peguam bela tertuduh semasa prosiding terbuka di mahkamah pagi tadi.

Terdahulu pihak pendakwaan telah meminta supya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

Memetik laporan Malaysiakini, peguam bela Musa, Francis Ng mengesahkan perkara berkenaan.

“Ya, semua tuduhan ditarik dan Tan Sri (Musa) dilepas dan dibebaskan sama sekali,” kata Ng.

Musa, sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk membatalkan 46 pertuduhan terhadapnya.

BBerkaitan

Latest articles