Bekas Akuarium Mengandungi Bahan Kimia, Bahaya Kepada Kesihatan

KUALA LUMPUR: Para peniaga dilarang menggunakan akuarium sebagai bekas penyimpanan makanan dan minuman.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, akuarium biasanya diperbuat daripada bahan kaca atau plastik yang berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut dalam air.

Bahan-bahan kimia berkenaan dibimbangi akan mencemarkan air tersebut, sekali gus mengakibatkan kesan kepada kesihatan.

Tambahnya, larangan itu dalam terkandung dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Dalam hal ini, menjadi satu kesalahan apabila akuarium yang berfungsi sebagai bekas memelihara ikan dan bukan bertujuan untuk penyimpanan makanan digunakan sebagai bekas penyimpanan air bagi tujuan jualan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu tular gambar penggunaan akuarium sebagai bekas air untuk jualan.

Dalam pada itu, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas penjualan makanan termasuk penjualan minuman yang menggunakan bekas bukan tujuan makanan.

“KKM menegaskan kepada penjual dan pengguna untuk memandang serius tentang keselamatan makanan dan memastikan makanan yang dijual adalah selamat dan berkualiti untuk semua,” ujarnya.

Pada masa sama, KKM menasihatkan orang ramai membeli makanan di premis yang bersih.

BBerkaitan

Latest articles