Bekalan Ayam Dari Pedas, Negeri Sembilan Negatif Covid-19, Selamat Dimakan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini memaklumkan sampel ayam yang diambil di sebuah kilang pemprosesan di Pedas, Negeri Sembilan selamat dimakan selepas menjalani ujian pengesanan Covid-19 baru-baru ini.

Kesemua sampel ayam ‘whole chicken’ daripada kilang berkenaan diambil untuk proses ujian pengesanan COVID-19 melalui kaedah Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) pada 9 Mei lalu.

Makanan Tak Berisiko Dijangkiti Covid-19

“Kilang berkenaan mendapat pensijilan Veterinary Health Mark (VHM) sejak 2008, malah pemeriksaan daging ayam sentiasa dijalankan pegawai pemeriksa daging bertujuan memastikan keselamatan dan kualiti ayam yang diproses di kilang terbabit terjamin.

“JPV juga ingin memaklumkan bahawa, melalui kajian saintifik oleh beberapa agensi dan institusi antarabangsa, antaranya University of Macau dan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) Paris, sehingga kini membuktikan haiwan seperti lembu, kambing, babi dan ayam bukan penyebar COVID-19 kepada manusia,” lapor Berita Harian hari ini.

Untuk rekod pada 2 Mei lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan penutupan sebuah kilang pemprosesan ayam di Pedas, Negeri Sembilan selepas 60 pekerja premis berkenaan disahkan positif Covid-19.

BBerkaitan

Latest articles