Bedah Siasat Mayat Pegawai Tribunal Kastam Belum Selesai

KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat ke atas mayat pegawai tribunal Kastam sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kes akan diklasifikasikan semula jika terdapat bukti atau keterangan baharu menunjukkan wujud perlakuan jenayah.

“Bedah siasat masih belum selesai. Kes masih dalam siasatan (yang diklasifikasikan) SDR (kematian mengejut).

“Sekiranya ada keterangan yang menunjukkan ada perlakuan jenayah, kes akan diklasifikasikan semula,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Media semalam melaporkan seorang pegawai Tribunal Rayuan Kastam di Kementerian Kewangan, ditemui mati dalam Pejabat Perbendaharaan, kementerian itu di Putrajaya.

Berdasarkan maklumat awal, mayat lelaki berusia 45 tahun itu yang bertugas di Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ditempatkan sebagai pegawai tribunal kastam, dijumpai dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan leher dan kaki terjerut ‘cable tie’.

Rusdi berkata, berdasarkan hasil siasatan awal polis, setakat ini, mangsa dipercayai menjerut leher dan kakinya sendiri.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

BBerkaitan

Latest articles