Beberapa Pemimpin Umno Ulang Pendirian Tolak Anwar, DAP

Di kala tular sekeping surat yang kononnya ditandatangani Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong pembentukan kerajaan baru, beberapa pemimpin parti lantas menafikan khabar angin berkenaan.

Surat itu juga didakwa ditandatangani belas presiden, Datuk Seri Najib Razak untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah kononnya untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Membidas dakwaan itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan menegadkan bahawa beliau teguh dengan keputusan sebelumnya yang dibuat oleh majlis tertinggi parti, untuk mengukuhkan BN dan memantapkan Muafakat Nasional.

“Tiada DAP! Tiada hubungan dengan pimpinan yang bersepakat dengan DAP seperti Anwar dan Dr Mahathir Mohamad,” kata ahli parlimen Pontian itu dalam satu ciapan di Twitter.

Meskipun mengatakan bahawa tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimen Umno untuk menyokong Anwar seperti kenyataan awal Zahid, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun berkata kandungan surat yang tular itu tidak mewakili pendiriannya, sekali pun ia terbukti benar.

“Saya mahu nyatakan dengan jelas, saya tidak sokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Saya konsisten – no Anwar, no DAP” katanya di Twitter.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa pendirian surat itu tidak mewakili dirinya.

“Sekiranya surat itu benar, saya ingin menyatakan secara tegas bahawa presiden parti saya tidak bercakap untuk saya.

“Saya tidak menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi PM,” katanya.”Saya harap Ahli Parlimen Umno yang lain akan menjelaskan pendirian mereka.

“Mari kita lihat siapa yang mempunyai nombor (majoriti),” kata Khairy.

Sehingga kini, jumlah sebenar ahli parlimen yang menyokong Anwar tidak pernah didedahkan.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...