Bazirkan Kek, Amyra Dan Amar Kena Kecam

Niatnya mahu berkongsi momen gembira keluarga mengadakan sesi penggambaran sempena majlis sambutan hari jadi anak bongsu mereka, Ayra Arissa.

Bagaimanapun tindakan mereka mempermainkan kek hari jadi tersebut menyebabkan pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Bahrin dikritik netizen.

Rata-rata meluahkan rasa kurang senang terhadap keluarga berkenaan memandangkan kek merupakan sejenis makanan dan ia perlu dimakan dan tidak dibuat main.

Netizen turut mengaitkan perbuatan itu sebagai pembaziran, apatah lagi di kala ramai rakyat sedang berjimat-cermat kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ada juga dalam kalangan netizen menitipkan pesanan kepada pasangan suami isteri itu untuk mengajar anak-anak mereka menghargai makanan dan bersyukur dengan rezeki.

Selepas menerima pelbagai reaksi daripada netizen, Amyra memuatnaik satu status di Instagram Story miliknya dengan memaklumkan anaknya, Aqeef Anaqi hanya bermain krim sahaja dan bukan kek seperti yang didakwa.

BBerkaitan

Latest articles