Bayi Terselamat Selepas Tertimbus Dalam Lumpur Tanah Runtuh

Meskipun telah tertimbus dengan lumpur dalam satu kejadian tanah runtuh, nyawa seorang bayi masih lagi panjang selepas dijumpai oleh orang ramai.

Gambar bayi berkenaan tular di media sosial selepas kejadian yang berlaku pada 25 Mei lalu di utara India.

Bayi berkenaan itu ditemui selepas seorang individu melihat kakinya yang terkeluar separuh dari tanah dan cuba mengeluarkannya dengan berhati-hati dan terkejut apabila menyedari bayi itu masih hidup.

Bayi berkenaan segera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil selepas usaha mengeluarkan lumpur pada saluran pernafasannya.

Malah dikhabarkan seorang wanita tampil menjadi ibu angkat bagi bayu berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles