SHAH ALAM: Detik cemas sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang bayi meninggal dunia selepas ibunya bersalin secara songsang di bilik air rumah mereka, sebelum sempat dibantu petugas kecemasan.
Menurut perkongsian di media sosial, kejadian berlaku apabila tubuh bayi sudah keluar sehingga paras leher, namun kepalanya masih tersangkut di dalam rahim.
Pasangan berkenaan cuba mendapatkan bantuan kecemasan, namun panggilan ke talian 999 dikatakan tidak bersambung dan terputus beberapa kali.
Dalam keadaan panik, si isteri meminta suaminya menarik bayi tersebut keluar, namun lelaki itu tidak berani melakukannya kerana tidak berpengalaman.
Tidak lama kemudian, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebelum bantuan perubatan sempat tiba.
Kisah menyayat hati itu tular selepas dikongsi oleh pengguna Facebook, Mr Wan Cai Official.










