Bayi Mati Selepas Bapa Kelar Perut Ibu Untuk Ketahui Jantina Kandungan

Seorang wanita cedera parah dan bayi yang dikandungnya mati apabila suami mangsa bertindak mengelar perutnya menggunakan sabit kerana mahu emngetahui jantina anak.

Kejadian itu berlaku di New Delhi, pada Sabtu lalu.

Bayi malang itu meninggal di dalam perut sebelum sempat dilahirkan.

Sehubungan itu suspek telah ditangkap dan kini sedang disiasat.

Pasangan suami isteri itu dilaporkan telah mempunyai lima orang anak perempuan.

Tindakan suspek dilakukan berasaskan kepada kepercayaan masyarakat India bahawa anak-anak perempuan sebagai suatu beban yang perlu ditanggung kerana perlu mengeluarkan mas kahwin ketika mereka hendak berkahwin.

Manakala anak-anak lelaki akan disanjung kerana mereka sebagai pencari nafkah yang akan mewarisi harta dan nama keluarga.

 

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,871FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini