Bayi 7 Bulan Meninggal Dunia Di Taska

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan disahkan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan sebuah taska di Taman Danau Kota, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 9 pagi hingga 11 pagi sebelum bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Setapak pada jam 1.26 tengah hari, hari yang sama.

“Proses bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian bayi berkenaan.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada pihak pengurusan taska serta individu berkaitan.

Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat dan polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya.

BBerkaitan

Latest articles