Bayaran Balik Tiket Penumpang MYAirline Sedang Disegerakan

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan, MyAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) dalam proses mempercepatkan transaksi bayaran semula tiket penerbangan kepada penumpang berikutan penggantungan operasinya.

Sehubungan itu pelanggan digalakkan menyediakan nombor tempahan (PNR) dan menghantarnya melalu e-mel di alamat [email protected]., demikian menurut Eksekutif Interimnya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.

“Kami kini sedang mempercepatkan proses pengembalian wang dan ingin meminta anda bersabar memandangkan kami mengendalikan bilangan e-mel yang banyak iaitu 12,000 e-mel,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada Khamis lalu, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Oktober 2023 sehingga diberitahu kelak.

“Syarikat penerbangan ini telah membuat keputusan yang amat menyakitkan kerana tekanan kewangan yang ketara mendorong untuk menggantung operasi sementara menunggu pemegang saham penstrukturan semula dan permodalan semula syarikat penerbangan,” kata syarikat penerbangan itu.

Menurut Azharuddin, MYAirline juga dalam proses mewujudkan talian hotline yang akan membantu penumpang dengan lebih berkesan.

Sementara itu, beliau menjelaskan, semua kakitangan MYAirline masih dalam penggajian penuh dan tiada kakitangan syarikat penerbangan itu diberikan cuti tanpa gaji.

Menyentuh tentang perkongsian stategik, Azharuddin berkata, beberapa pihak telah menunjukkan minat terhadap MYAirline dan syarikat sidang mengkaji cadangan-cadangan yang diterima.

“Kami akan terus memaklumkan perkembangan terkini kepada penumpang dan pemegang taruk berkaitan,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles