Bayar Wang Jaminan RM150,000 Hasil Kutipan Dana, Shamsul Iskandar Lepas Dengan Jaminan

KUALA LUMPur: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin dibebaskan hari ini selepas berjaya melunaskan jaminan RM150,000 hasil kutipan dana yang digerakkan rakan-rakan serta kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Peguamnya, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff berkata, anak guamnya pada mulanya tidak mampu menyediakan jumlah itu, namun bantuan segera daripada pelbagai pihak membolehkan dua individu iaituseorang kenalan dari Melaka dan seorang lagi bekas anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) tampil sebagai penjamin.

Shamsul Iskandar, yang berdepan empat pertuduhan rasuah, berkata beliau bertekad membersihkan namanya dan menegaskan dirinya sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak proses siasatan bermula.

Sementara itu, Mohd. Yusmadi meminta semua pihak mengelak membuat spekulasi kerana kes masih di peringkat awal, selain mengingatkan bahawa komen melampau yang tular di media sosial akan diperhalusi pihak pembelaan.

“Datuk Seri Shamsul akan membuktikan beliau tidak bersalah melalui saluran undang-undang,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles