Baru Keluar Penjara Kena Tahan Semula Kerana Curi kereta

Seorang lelaki yang baru dibebaskan daripada penjara atas kesalahan mencuri kenderaan, kembali ditangkap pihak berkuasa atas kesalahan yang sama.

Suspek berbangsa India berusia 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Petaling pada jam 1.230 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @Hilmi berkata suspek juga dipercayai merupakan pemilik bengkel ditahan sebelum ini pada 15 September lalu di bengkel miliknya di Jalan Klang Lama.

“Polis telah menerima satu laporan dari seorang pengadu berkaitan kehilangan keretanya jenis Proton Iswara yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta berdekatan dengan Public Bank, di Jalan Kuchai Lama.

“Pengadu berusia 27 tahun dan merupakan pegawai pemasaran yang mana dalam laporan dia mengadu bahawa kejadian berlaku pada Ogos 2019 dan kemudian didapati hilang ketika kembali semula ke tempat itu untuk ambil kereta pada Mac lalu sebelum menyedari keretanya tiada di tempat itu disyaki hilang dicuri,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Berdasarkan laporan mangsa pada Mac lalu, polis melakukan serbuah ke atas bengkel milik suspek di Jalan Klang Lama sebelum pemeriksaan di dalam premis itu berjaya menemui tiga buah enjin motosikal nombor enjin diganggu.

“Turut ditemui sebuah enjin kereta disyaki bersabit kes curi kereta yang dilaporkan pengadu Mac lalu. Suspek ditahan dan kesemua enjin kenderaan itu berjaya dirampas untuk tindakan susulan.

“Suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan dia baru beberapa hari keluar dari penjara untuk kesalahan kes curi kenderaan,” ujar beliau.

Zairulnizam juga memaklumkan suspek direman tiga hati sehingga 18 September ini untuk membantu siasatan yang dilakukan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan lelaki berkenaan dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,803FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini