Barisan Nasional Ulangi Sokongan Kepada Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri

Parti Barisan Nasional (BN) akan terus memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8 tegas Pengerusinya, Dato’ Seri dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Melalui kenyataan media yang diedarkan selepas mesyuarat Dewan tertinggi parti itu Ahmad Zahid berkata, BN adalah kelompok terbesar dengan 43 kerusi Parlimen yang telah memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh, YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin Untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 yang seterusnya membentuk Kabinet Kerajaan Malaysia yang baru yang kini dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 

Malah katanya sekiranya terdapat usul tidak percaya di Parlimen, ketetapan dibuat supaya semua Ahli Parlimen BN akan mengundi secara en-bloc, menyokong Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Mengulas mengenai  pendaftaran PN secara formal sebagai sebuah parti seperti yang dicadangkan, BN berpandangan BN perlu melalui proses tertentu dalam parti komponen masing-masing.

Dalam Pada itu status Parti PBRS yang menjadi tanya juga terjawab hari ini apabila parti yang berasal dari Sabah itu kembali ke pangkuan Barisan Nasional.

Untuk rekod Barisan Nasional kini  terdiri dari gabungan empat parti politik tanah air terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

 

 

BBerkaitan

Latest articles