Barisan Exco Selangor Diumumkan, Amirudin Pegang Lima Portfolio

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari mengumumkan senarai exco kerajaan negeri, dengan komposisi kerajaan perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang merangkumi DAP (empat); PKR (tiga); Amanah (dua), dan BN (satu).

Amirudin yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar semalam menggalas lima portfolio utama negeri, termasuk pembangunan tanah & sumber alam; serta kewangan & tindakan ekonomi.

ADUN Sungai Tua itu turut memegang portfolio pemodenan pentadbiran & pendigitalan kerajaan; komunikasi strategik; serta pendidikan & pembangunan modal insan.

Amirudin mengumumkan portfolio exco negeri selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco Selangor bagi penggal ke-15.

Manakala tiga Adun yang dilantik semula iaitu Izham Hashim (Pandan Indah), Borhan Aman Shah (Tanjung Sepat), dan Ng Sze Han (Kinrara) turut dipertanggungjawabkan dengan pembangunan negeri.

Izham diberi portfolio kemajuan prasarana serta pemodenan pertanian & perladangan; Borhan menggalas perumahan & pembangunan bandar lestari; manakala Ng dipertanggungjawabkan dengan pelaburan & perdagangan, pembangunan industri kecil dan sederhana & wilayah ekonomi baharu, serta mobiliti.

Barisan exco turut menampilkan tujuh muka baharu, iaitu Fahmi Ngah (Seri Setia), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Papparaidu Veraman (Banting), Anfaal Saari (Taman Templer), dan Rizam Ismail (Sungai Air Tawar).

Berikut senarai penuh exco Selangor dan portfolio masing-masing:

1. Datuk Seri Amirudin Shari (Menteri Besar)

Pembangunan tanah & sumber alam
Kewangan & tindakan ekonomi
Pemodenan pentadbiran & digitalisasi kerajaan
Komunikasi strategik
Pendidikan & pembangunan modal insan

2. Ng Szhe Han (pelaburan, perdagangan & mobiliti)

Pelaburan & perdagangan
Pembangunan IKS & wilayah ekonomi baharu
Mobiliti Selangor
Pengerusi bersama Jawatankuasa Khas
Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas)

3. Izham Hashim (infrastruktur & pertanian)
Kemajuan infrastruktur
Pemodenan pertanian & perladangan

4. Borhan Aman Shah (perumahan & kebudayaan)
Perumahan & pembangunan bandar lestari
Kebudayaan, adat istiadat Melayu & warisan

5. Ng Suee Lim (kerajaan tempatan & pelancongan)
Pembangunan kerajaan tempatan
Pelancongan
Pembangunan kampung baharu
Pengerusi bersama Limas

6. Rizam Ismail (kemajuan desa & perpaduan)
Kemajuan desa & luar bandar
Kemampanan kampung tradisi
Perpaduan nasional

7. Jamaliah Jamaluddin (kesihatan awam & alam sekitar)
Kesihatan awam
Alam sekitar, perubahan iklim & teknologi
hijau

8. Najwan Halimi (belia, sukan & keusahawanan)
Pembangunan belia & kemajuan sukan
Pemberdayaan usahawan & ekonomi kreatif
Pengurusan bencana

9. Papparaidu Veraman (sumber manusia & pembasmian kemiskinan)
Sumber manusia
Pembasmian kemiskinan
Hal ehwal Orang Asal & minoriti
Pengerusi bersama Limas

10. Mohammad Fahmi Ngah (Agama Islam & pembudayaan inovasi)
Hal ehwal agama Islam
Industri halal
Infrastruktur digital
Pembudayaan sains, teknologi & inovasi

11. Anfaal Shaari (pembangunan wanita & kebajikan masyarakat)
Pemberdayaan wanita & keluarga
Kebajikan masyarakat
Ekonomi penjagaan (care economy)

BBerkaitan

Latest articles