Bapa Tiri Arwah Amir Pernah Didakwa Cederakan Isteri

 

Bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang meninggal dunia kerana didera Jumaat lalu, pernah didakwa di mahkamah kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, dengan berkata suspek yang kini direman tujuh hari, pernah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada 8 September tahun lalu, tetapi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

“Lelaki itu pernah didakwa kerana memukul isteri yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak yang meninggal dunia itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, hari ini.

Abdul Majid berkata, setakat ini, polis masih melengkapkan kertas siasatan kerana terdapat beberapa perkara perlu diteliti sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Untuk rekod, suspek lelaki berusia 38 tahun bersama isterinya, 32 tahun, direman tujuh hari sejak Sabtu lalu selepas dipercayai mendera kanak-kanak terbabit sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat lalu, kanak-kanak terbabit ditemui lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah mereka dengan terdapat kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

BBerkaitan

Latest articles