Bapa Tergamak Rogol Anak OKU, Kakak Pula Rahsiakan

MELAKA: Polis menahan seorang lelaki berusia 54 tahun selepas disyaki merogol anak perempuannya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) di rumahnya di Cheng, bulan lalu.

Turut ditahan adalah kakak mangsa berusia 25 tahun yang dipercayai bersubahat menyembunyikan perbuatan keji bapanya selepas mangsa berusia 23 tahun itu bertindak mengadu kepadanya.

Menurut sumber, kejadian pada 6 Jun lalu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya yang kemudian membawanya membuat laporan polis.

“Mangsa yang masih bujang dan merupakan OKU pembelajaran
mendakwa dia tiba-tiba ditarik bapanya itu ke dalam bilik selepas mandi di rumahnya itu kira-kira 9 pagi pada 6 Jun lalu.

“Suspek yang kematian isteri akibat kanser pada 2008 kemudian terus merogol pengadu menyebabkannya cuba melepaskan diri namun tidak berjaya,” katanya sebagaimana memetik laporan Malaysia Gazette.

Menurutnya, selepas kejadian itu, suspek turut memukul kaki pengadu yang merupakan anak bongsu dari dua beradik menggunakan tali pinggang dan mengugut pengadu agar merahsiakan perbuatannya itu.

Pengadu mendakwa sebelum ini, bapanya itu juga pernah merogol dan memukulnya dan dia pernah menceritakan kejadian kepada kakaknya.

“Bagaimanapun kakaknya enggan percaya sebaliknya turut memukul pengadu merasakan adiknya telah memfitnah bapanya.

“Pengadu yang berasa takut untuk pulang ke rumah kemudian telah menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu saudaranya sebelum membawanya membuat laporan polis pagi tadi,” katanya.

Bertindak hasil laporan, sepasukan polis dari Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan dua beranak itu petang semalam.

Kedua-dua suspek akan direman Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

BBerkaitan

Latest articles