KUALA LUMPUR: Bapa kepada bayi yang dibekukan selama 16 hari, Muhammad Adham Mikail telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, hari ini.
Beliau turut ditemani seorang peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Laporan itu dibuat terhadap sebuah hospital swasta yang terletak di kawasan Klang kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah.
Sebelum ini tular mengenai satu kes mayat bayi lelaki yang didakwa ditahan dalam peti sejuk beku di sebuah hospital swasta selama 16 hari.
Peristiwa itu dikatakan berlaku kerana ketidakmampuan bapa bayi itu untuk membayar bil kelahiran jenazah anaknya yang meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan.
Muhammad Adham juga dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna dengan hanya satu mata, tiada hidung dan saluran najis.
Walaubagaimanapun, pihak hospital telah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu prosedur yang dijalankan mengikut standard operasi ditetapkan.