More

    Bapa ‘Binatang’ Lacurkan Anak 13 Tahun Kepada 20 Pelanggan

    Seorang lelaki kini disiasat atas dakwaan memaksa anak kandungnya yang berusia 13 tahun untuk melayan kehendak seks lebih daripada 20 pelanggan di kediaman mereka.

    Dipercayai perbuatan itu bermula pada pertengahan 2019 sehingga Februari tahun ini.

    Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan hasil daripada laporan bapa saudara mangsa yang mendakwa anak saudaranya mula dilacur dan dirogol ketika berusia 10 tahun.

    Ibu mangsa dikatakan mengetahui kejadian itu dan telah memarahi suaminya dan tiada lagi kejadian itu berlaku dalam beberapa tempoh.

    Namun anaknya itu sekali lagi dilacurkan pada pertengahan tahun lalu sehingga Februari baru-baru ini dengan suspek membawa lebih 20 pelanggan ke rumah untuk dilayani mangsa.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini