Bapa Baby Syifa Didakwa Songlap Duit Derma Orang Ramai?

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini Yuseri Yusoff dikenali kerana lantang menuntut keadilan buat anaknya, Baby Syifa, kali ini namanya terpalit dengan dakwaan menyeleweng dana sumbangan orang awam.

Dikatakan kesemua wang itu dimasukkan ke dalam akaun pertubuhan yang diwujudkan oleh dirinya untuk membela nasib golongan teraniaya.

Isu penyelewengan itu ditimbulkan oleh seorang individu berkepentingan di dalam Skuad Van Jenazah, Mr Wan Cai Official menerusi satu hantaran di Facebook.

“Kutipan Kos Duit Guaman Kes Adik Dea Maisarah Total Yang Dapat Rm53,065.

“Semua Duit Tu Orang Sumbang Direct Masuk Ke Akaun Cimb 8009177652 Atas Nama Captegis Sdn Bhd.

“Yuseri Yusoff Yuseri Yusoff Jangan Buat Main Dengan Duit Sedekah Orang Yang Dah Meninggal Dunia. Lain² Kes Aku Tak Nak Ambil Port. Yang Aku Nak Tahu Pasal Sumbangan Kes Kematian Adik Dea Maisarah,” ujarnya.

Lebih membuatkan Wan Cai kesal, apabila gesaan untuk bertemu Yuseri sendiri bagi membincangkan isu dana itu tidak diendahkan.

“3 Hari Aku Bagi Kau Peluang Bersemuka Dan Jelaskan Tentang Hal Ini. Tapi Kau Memilih Untuk Sembunyikan Diri Dalam Ofis Kau Kat Wangsa Maju Tu.

“Ko Kena Ingat Bro. Kes Anak Syurga Ni Bawah Tanggungjawab Aku Dan Team Unit Khas Van Jenazah. Kau Sebat Baki Duit Sumbangan Tu Ibarat Kau Declare Perang Dengan Aku!,” tambahnya lagi.

Bukan sahaja Wan Cai, turut sama mendakwa dianiaya Yuseri adalah peguam yang dipercayai mewakili kes membabitkan Yuseri.

BBerkaitan

Latest articles