Banyak Pilihan Raya Punca Peratus Keluar Mengundi Rendah

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan peratusan pengundi yang rendah pada ketika ini bagi enama Pilihan Raya Negeri mungkin disebabkan keletihan politik.

Bagaimanapun beliau berharap pengundi sedar tanggungjawab masing-masing dalam memilih wakil rakyat.

“Pilihan raya negeri ini penting walaupun tak ada kesan kepada kerajaan pusat tetapi ini boleh menentukan kerajaan di peringkat negeri.

“Kerajaan negeri yang banyak menyelesaikan masalah harian rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di pusat pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Gadong, Rembau, hari ini.

Khairy, yang juga bekas Menteri Kesihatan tidak menolak kemungkinan faktor cuaca yang kurang baik menyebabkan masih ramai yang belum keluar mengundi.

“Saya merayu kepada pengundi walaupun bukan calon, saya pun berkecuali, tetapi ini tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia,” jelasnya.

Selaku pengundi di DUN Kota, Khairy berharap wakil rakyat yang dipilih nanti komited dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

“Kita harap ada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang betul-betul rajin, faham tentang kedudukan dan kehidupan pengundi di Kota,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles