Banyak Peluang Pelaburan Di Pulau Pinang Yang Boleh Diterokai

TASIK GELUGOR: Pulau Pinang mempunyai potensi besar dalam pelaburan pelbagai bidang, sekaligus memberi manfaat kepada rakyat dan pembangunan negeri itu sendiri, demikian menurut Pengerusi Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau terdahulu hadir ke Majlis Pelancaran MITIDAY anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) di Dewan Azalea, Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

“Seronok tengok ramai orang awam turut hadir untuk melihat sendiri produk dan perkhidmatan yang diberikan oleh MITI khususnya berkait dengan pelaburan dalam dan luar negeri.

“Terima kasih kepada YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dan #TeamMITI yang melihat potensi pelaburan dan industri yang cukup besar berada di Pulau Pinang ini.

“Insya Allah, dengan usaha dan sinergi bersama di antara MITI serta Kerajaan Negeri, pelbagai lagi potensi pelaburan yang membolehkan lebih banyak kekayaan serta peluang pekerjaan dicipta untuk anak tempatan,” katanya.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) atas kapasiti saya sebagai Pengerusi Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Antara yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha MITI, Datuk Seri Isham Ishak dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guang Eng.

BBerkaitan

Latest articles