Banyak Jasa Suhaizan Di Johor – MB

KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengakui calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat sebagai individu yang banyak berjasa di Johor.

Suhaizan merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sewaktu tiga Menteri Besar sebelum ini bermula pada tahun 2018 sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac tahun lalu.

Onn Hafiz juga menambah Suhaizan sebagai seorang yang mempunyai rekod bersih.

“Alhamdulillah kita di peringkat kempen PRK Pulai setakat ini berjalan dengan baik, hari ini saya bersama dengan calon daripada kerajaan perpaduan saudara Suhaizan yang sebenarnya banyak berjasa kepada kerajaan negeri Johor secara keseluruhan di mana beliau pernah menjadi speaker dan saya melihat track recordnya sangat baik bagi membantu rakyat secara keseluruhan.

“Tidak cukup dengan itu, beliau sebelum ini seorang pensyarah dan saya yakin kalau diberikan peluang, beliau akan menyumbang dengan baik di kawasan Parlimen Pulai dan meneruskan legasi perjuangan Datuk Seri Salahuddin Ayub di sini.

“Bekas pensyarah ini juga mempunyai prestasi yang sangat baik membantu rakyat terutama di kawasan Pulai. Saya yakin Suhaizan akan dapat meneruskan legasi perjuangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama jentera Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Balairaya Kampung Sungai Danga di sini hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohammed.

Ditanya mengenai sokongan ahli BN kepada Suhaizan, Onn Hafiz menjelaskan, perkara tersebut dalam momentum yang baik.

“Alhamdulillah setakat ini sokongan ahli-ahli BN dalam keadaan yang baik dan mereka memahami perlunya kestabilan untuk negara dan juga negeri Johor,” ujarnya yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam.

Sementara itu, Suhaizan melahirkan penghargaan kepada Onn Hafiz yang turun padang membantu jentera khususnya dalam memberikan penjelasan mengenai sokongan kepada calon daripada Kerajaan Perpaduan.

“Penjelasan diberikan itu pada saya diterima dengan baik akar umbi BN sekaligus menepis pandangan bahawa tidak perlunya usaha membantu calon daripada parti lain selain daripada BN,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles