BANTUAN VENTILATOR KEPADA NEGERI SARAWAK OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam proses mendapatkan tambahan ventilator baharu bagi memenuhi keperluan peralatan ventilator di seluruh negara termasuklah Sarawak.

Di dalam satu Kenyataan media malam ini, KKM memaklumkan memandangkan kes COVID-19 di Sarawak telah menunjukkan tren peningkatan sejak 2 minggu lepas, KKM dalam usaha membendung penularan pandemik di Sarawak telah menghantar 10 unit ventilator Unit Rawatan Rapi (ICU) sedia ada jenis Draeger Evita 4 yang telah digunakan di Hospital Sungai Buloh bagi tujuan kecemasan.

Dalam hal ini, kesemua 10 ventilator tersebut yang telah diuji dan berada di dalam keadaan baik dan telah dihantar ke beberapa hospital di Sarawak melalui penerbangan Malaysia Airlines pada 12 April 2021.

“ Hospital-hospital yang menerima bantuan tersebut adalah Hospital Sarikei (2 unit), Hospital Sibu (5 unit) dan Hospital Bintulu (3 unit)”, kata KEmenterian itu lagi.

Mengambilkira kegunaan peralatan tersebut adalah untuk kegunaan di ICU sahaja, ventilator-ventilator ini akan disambungkan ke unit saluran udara perubatan (MA4) di ICU sebelum digunakan. Penggunaan ventilator di wad-wad biasa selain ICU adalah ventilator dari jenis turbin yang mempunyai pemampat udara dalaman.

Setelah meneliti sepenuhnya dakwaan mengenai penerimaan bantuan ventilator yang gagal berfungsi, KKM mendapati bahawa terdapat kerosakan berlaku kemungkinan berpunca dari proses pengangkutan peralatan tersebut ke fasiliti-fasiliti yang telah ditetapkan. Perkara ini juga adalah berkemungkinan kerana sensor oksigen dan papan litar utama yang sangat sensitif terhadap getaran, suhu dan kelembapan semasa pengangkutan.

Sebagai tambahan, KKM juga telah menghantar 8 unit ventilator berjenama Weinmenn yang baharu serta 8 unit ICU Patient Monitor ke Hospital Sarikei. 3 unit daripada ventilator tersebut telah diuji dan sedang digunakan sehingga kini manakala 5 unit yang lain akan diuji dan ditauliahkan dalam minggu ini.

KKM akan menghantar tambahan 11 unit ventilator berjenama Sternmed dan Weinmenn yang baharu ke Sarawak dan pengangkutan kesemuanya diuruskan dengan segera ke tempat berikut iaitu Hospital Sibu 5 Unit (jenama Sternmed), Hospital Sarikei 2 Unit (jenama Sternmed) dan Hospital Bintulu 4 unit (jenama Weinmenn).

BBerkaitan

Latest articles