Bantuan Segera Kepada Mangsa Banjir

KLANG: Bantuan kecemasan, makanan dan aset perlu disampaikan segera kepada mangsa-mangsa banjir, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata demikian ketika meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Telok Gong, sekitar jam 11 pagi tadi.

Turut bersama beliau adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Untuk rekod, PPS Sekolah Kebangsaan Johan Setia, Klang menempatkan seramai 690 mangsa.

BBerkaitan

Latest articles