“Bantuan Satu Budaya ” UMNO Sabah Kecewa Kenyataan Shafie Apdal

Alasan keras yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal hingga menggelarkan ‘bantuan satu budaya’ amatlah mendukacitakan dan sudah pasti mengguris hati rakyat susah di luar sana yang benar-benar memerlukan bantuan tegas Ketua Penerangan UMNO Sabah,Datuk haji Raime Unggi.

Beliau yang mengulas ucapan Ketua Menteri Sabah itu berkata Malaysia tidak pernah melalui saat sukar seperti ini, justeru Kerajaan Negeri sepatutnya melindungi dan membela nasib rakyat yang tertekan bukannya memutuskan bantuan kepada mereka dengan alasan melabelkan budaya terlalu bergantung kepada bantuan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dilaporkan berkata sedemikan ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan (STAR-Tambunan) mengenai bantuan yang disalurkan kerajaan untuk menangani wabak COVID-19.

katanya, kerajaan perlu memberikan bantuan tetapi bantuan berkenaan bukan untuk membimbing rakyat dengan budaya terlalu bergantung dari segi bantuan kerajaan.

Dalam pada itu,  tegas Raime berkata  tidak ada rakyat Sabah yang terdesak mahukan bantuan jika bukan kerana keadaan semasa yang menimpa negara seperti wabak penyakit Covid-19.

“Rakyat pun bekerja dan tahu mencari makan untuk menyara diri dan keluarga tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa duduk di rumah hingga keadaan negara dan rakyat selamat”

“Pada ada waktu bencana ini, kerajaan negeri tidak seharusnya seolah-olah seperti menyalahkan rakyat dan mencari pelbagai alasan daripada membantu mengurangkan beban yang terpaksa dihadapi oleh mereka ketika ini” tegasnya lagi

Lagipun, jelas Raimi , Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak RM130 juta yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kepada semua negeri bagi menghadapi krisis ini

“Jadi saya meminta Kerajaan Negeri Sabah di bawah Parti Warisan/UPKO atau mana-mana kerajaan waima kerajaan pintu belakang sekalipun, jangan memandang rendah rakyat hingga tergamak mengeluarkan kenyataan seolah menghina rakyat yang memohon bantuan kerana adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk membantu rakyat” jelasnya lagi – TRI

Latest articles

Related articles

spot_img