Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam Disalur Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah akan disalurkan mulai minggu depan, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujarnya bantuan tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam atas sumbangan mereka serta membantu persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kita (kerajaan) akan salurkan sebanyak RM500 bagi setiap penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM250 untuk pesara, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, hari ini.

Selain itu, Anwar turut mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula diagihkan pada Isnin ini bagi meringankan beban rakyat menjelang Aidilfitri.

Pemberian BKK ini melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM1 bilion.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2024 berkaitan Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), gred 55 dan 56 dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah ditukar kepada Gred SSPA 15.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan agar menyalurkan bantuan khas ini bagi membantu penjawat awam menghadapi kos perbelanjaan sempena sambutan Aidilfitri.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat menyatakan bahawa pemberian ini amat penting bagi meringankan beban kewangan penjawat awam.

BBerkaitan

Latest articles