Bantuan Banjir RM50 Juta Untuk Kelantan & Terengganu Akan Dikoordinasi, Elak Salah Guna

CHUKAI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau bersama pihak terlibat akan mengkoordinasi bantuan segera yang disalurkan kerajaan Persekutuan untuk membantu mangsa banjir  di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata, ia bagi memastikan bantuan berjumlah RM100 juta itu digunakan secara berhemah  dan tidak  untuk tujuan lain.

“Kita mengikut arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di mana arahan perbendaharaan harus dipatuhi.

“Saya akan koordinasikan bersama-sama dengan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan juga APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) serta agensi-agensi yang lain agar wang bantuan banjir itu digunakan untuk mendepani permasalahan mangsa-mangsa banjir bukan digunakan untuk tujuan-tujuan lain, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau kawasan banjir di Kampung Bukit Mentok di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan memberi bantuan segera bernilai RM50 juta masing- masing kepada Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir teruk.

Anwar, berkata, bantuan itu bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di dua negeri berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles