Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Kini Untuk Pelajar Tingkatan Enam

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 yang diperkenalkan sejak 2012 akan diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam mulai sesi 2025/2026 di mana Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata bantuan RM150 itu akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar dengan kerajaan menanggung implikasi kewangan kira-kira RM15 juta.

Katanya, agihan bantuan itu kepada pelajar Tingkatan Enam sedia ada akan dilaksanakan pada Februari 2025, manakala pelajar baharu pula akan menerimanya pada Julai tahun hadapan.

Beliau berkata, perluasan BAP kepada pelajar Tingkatan Enam adalah cerminan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam membuat persediaan keperluan persekolahan anak-anak.

Agihan kepada pelajar sedia ada akan dilakukan pada Februari 2025, manakala pelajar baharu menerimanya pada Julai.

Menurut Fadhlina lagi, inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa serta memperkasakan pendidikan Tingkatan Enam.

Pada 2025, BAP juga akan diteruskan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dengan peruntukan RM800 juta, memanfaatkan 5.2 juta pelajar. Murid layak ialah warganegara Malaysia di sekolah kerajaan atau berdaftar dengan KPM.

Fadhlina turut menegaskan komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meningkatkan akses pendidikan di semua peringkat, termasuk TVET dan Tingkatan Enam. Pada majlis di SJKT Ladang Tumbuk, beliau turut menyampaikan tablet sumbangan Yayasan Didik Negara dan menghargai individu yang menyumbang kepada sekolah.

BBerkaitan

Latest articles