Bantuan ‘Abang Susu’ rentasi sempadan

BERPEGANG kepercayaan kepada ‘berbuat baik tidak mengenal negara’, seorang usahawan yang juga sukarelawan,Klaus Lim menyebar luaskan sikap kasih sayang dan sokongan merentasi sempadan menerusi program khidmat sosial (CSR) .

Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Abang Susu’ berkata, sepanjang tempoh 15 tahun lalu, beliau aktif terlibat dalam kerja-kerja kebajikan bermula daripada pengalaman hidupnya semasa kecil.

Menurutnya,kemiskinan hidup dilalui bersama ibu bapanya ketika kecil membuatkan dirinya memahami erti kesusahan hidup dan menanamkan niat untuk membantu mereka yang memerlukan selepas dewasa.

Katanya,dengan usaha gigih diadakan beliau berjaya mengajak rakan-rakan untuk turut serta dalam kerja-kerja kebajikan, malah mengembangkan usaha murni ini ke beberapa negara luar seperti Brunei, Indonesia,Thailand, Kemboja,Laos,Taiwan dan Australia.

“Program diadakan di luar negara ini memberi tumpuan kepada keperluan pendidikan dan kehidupan golongan yang terpinggir,”katanya.

Di Malaysia,lebih 40,000 keluarga telah dibantu, manakala di Thailand 3,488 keluarga telah menerima manfaat menerusi pelbagai bentuk bantuan melibatkan seluruh negara berkenaan.

Klaus berkata,beliau menyedari keperluan mendesak untuk pendidikan dan kehidupan asas di negara berkenaan dan semenjak daripada itu giat mengumpulkan rakan-rakan baik untuk terlibat sama dalam membantu golongan berkenaan.

Katanya,beliau percaya kerja-kerja kebajikan tidak mengenal bangsa dan sempadan malah dunia memerlukan lebih banyak sikap kasih sayang dari golongan yang prihatin.

“Keperihatinan seluruh masyarakat akan menjadikan dunia ini lebih baik dalam membantu golongan memerlukan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles