BANGKOK: Semua institusi pendidikan di ibu negara Thailand akan ditutup mulai 4 hingga 17 Jan manakala lebih banyak venue awam termasuk pusat hiburan, sukan dan perjudian ditutup sehingga diberitahu kelak, dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.
Beliau berkata pusat hiburan termasuk bar, kelab malam, salun tatu dan rumah urut serta venue rekreasi seperti taman air, taman hiburan, taman permainan dan tempat perjudian akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak.
“BMA akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan lebih lanjut sama ada melarang orang ramai makan di restoran,” katanya.
Jurucakap Pusat Pentabiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata daripada jumlah kes baharu itu, 273 adalah jangkitan tempatan manakala enam dikesan di pusat kuarantin alternatif negara (ASQ).
Beliau berkata seorang lelaki berumur 44 tahun yang mengunjungi sebuah pusat hiburan di Bangkok telah didapati mengalami gejala COVID-19 dan meninggal dunia di sebuah hospital semalam.
Katanya seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun dari Wilayah Tak yang menyeberangi sempadan dari Myanmar secara haram pada 29 Nov lepas telah mengalami masalah kesihatan dan meninggal dunia di sebuah hospital pada 10 malam (waktu tempatan) semalam.