Balik Kampung ‘Seronok’ Beraya, Polis Akan Buru Sampai Ke Rumah

Mana-mana individu yang pulang ke kampung halaman dengan mengingkari larangan rentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri nanti akan diburu oleh pihak polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan pihaknya memandang serius terhadap tindakan mereka yang ingkar dengan larangan rentas negeri terutama bagi mereka yang melakukan perjalanan tanpa mendapat kebenaran polis.

Raya Di Rumah Sahaja, Tegas KP Kesihatan

Mahu Melawat Isteri-Isteri Ketika PKP ? Ini Kata Polis

Sehubungan itu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengesan individu yang disyaki melakukan kesalahan pergerakan rentas negeri tanpa permit.

“Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

“Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara,” katanya memetik laporan BH.

Malah polis akan memeriksa bagi mengesan kenderaan yang tidak mempunyai permit pergerakan.

“Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri,” katanya.

Sebarang kesalahan pergerakan rentas negeri boleh disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967.

BBerkaitan

Latest articles