KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan terhadap Afendi Muhammad Agus yang membunuh ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Disember lalu.
Tertuduh kelihatan tenang sepanjang prosiding dan hanya menjawab “tidak ada apa-apa” ketika diminta memberi kenyataan sebelum hukuman dijatuhkan oleh Hakim K Muniandy.
“Seburuk mana pun alasan, tiada siapa berhak meragut nyawa ibu bapa mereka sendiri. Hukuman ini mesti jadi pengajaran,” tegas hakim.
Afendi, seorang penganggur berusia 40-an dikenakan 20 tahun penjara bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak serta 12 sebatan bagi setiap kes, menjadikan jumlah 24 sebatan.
Untuk rekod tragedi malang itu berlaku pada 9 Disember 2024, apabila Afendi membunuh bapanya, Muhammad Agus, 82, dan ibunya, Darlisma Njatu, 72, di rumah keluarga mereka.
Pihak pendakwa memohon hukuman maksimum, menyifatkan jenayah itu sebagai pengkhianatan dan kekejaman terhadap kasih sayang ibu bapa.