Bajet 2023 Dibentang Oleh Menteri Kewangan

 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sehingga ke hari ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang akan dijadualkan membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada 7 Oktober depan.

 

Tambahnya lagi cakao-cakap kononnya beliau yang akan membentangkan sendiri bajet itu belum dimuktamadkan lagi.

 

“Belum tahu siapa lagi, setakat ini Menteri Kewanganlah. Kita kena tengok (peraturan dahulu).. kalau tak boleh (Perdana Menteri bentang), tak bolehlah.

 

“Apapun kita tunggu nasihat daripada Peguam Negara. Kalau saya nak.. itu kalau saya nak (bentang). Tapi setakat ini masih lagi Menteri Kewangan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Perdana Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

 

Sementara itu mengulas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mereka berbincang dalam keadaan dan suasana mesra.

 

“Tak ada apa (ketegangan seperti didakwa). Semua team MKT berbincang malam itu dalam keadaan yang mesra.

 

“Tidak ada apa-apa isu. Kadang-kadang orang luar lihat lain daripada apa yang berlaku dalam mesyuarat itu.

 

“Saya nak ulangi, tak ada apa-apa isu sebenarnya. Perbezaan pandangan adalah perkara biasa, itu diraikan,” katanya.

 

 

BBerkaitan

Latest articles