‘Baik Beri Pada Rakyat’, Azmin Balas Tuntutan RM10 Juta Dari PKR

Bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan tidak ada guna untuk dirinya membayar RM10 juta kepada parti itu yang disifatkan sebagai sudah ‘rosak’.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tuntutan saman RM10 juta yang dikenakan PKR kepada kesemua 20 orang wakil rakyatnya yang berubah haluan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Untuk apa saya bayar mereka RM10 juta? Lebih baik RM10 juta saya beri kepada rakyat daripada beri kepada parti yang tidak relevan.

“Jika saya ada duit itu, saya akan serah kepada rakyat, saya tak serahkan kepada parti yang sudah rosak seperti PKR,” kata seperti yang dilaporkan The Star.

PKR, pada 29 Julai lalu mengeluarkan surat tuntutan berkenaan kepada 20 wakil rakyatnya yang sebahagian besarnya menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung berkata jumlah itu telah pun dipersetujui kesemua wakil rakyat parti itu ketika mahu menjadi calon pada PRU14.

“Surat tuntutan menyatakan mereka perlu membayarnya dalam masa tujuh hari. Jika mereka gagal berbuat demikian, parti telah mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan selanjutnya terhadap mereka,” demikian menurut Lee.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,868FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini