Azmin Nak Berehat, Tapi Muhyiddin Suruh Jadi Calon Bertanding

KUALA LUMPUR: Selepas diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan bahawa dirinya hendak berehat sementara dari politik.

Namun mengambil kira situasi semasa, Pengerusi PN Selangor itu memberitahu dirinya akur dengan arahan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, Azmin tewas kepada Datuk Seri Amirudin Shaari yang juga Menteri Besar Selangor.

Azmin sebelum ini pernah menyatakan tidak akan bertanding dalam PRN Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor itu mencadangkan parti memberi laluan kepada calon yang lebih muda untuk menggantikan tempatnya, memandangkan telah menjadi wakil rakyat selama tujuh penggal di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

“Memang pada asalnya saya nak berehat sementara waktu, tapi berdasarkan situasi semasa, parti telah memberikan pandangan supaya saya ambil bahagian dalam PRN kali ini.

“…dan sebab itu saya akur arahan presiden dan majlis pimpinan tertinggi parti untuk bersama dengan rakan lain menyertai PRN kali ini,” katanya kepada media selepas Majlis Pengumuman calon PN, di Taman Medan, malam tadi.

Bertanding di kerusi baru, Azmin memberitahu beliau akan akan bekerja kuat supaya parti yang diwakilinya menang di Selangor.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa beliau tidak memilih untuk bertanding di Bukit Antarabangsa, Azmin berkata, Hulu Kelang merupakan kerusi pertama beliau mendapat mandat daripada rakyat sejak 1999.

Katanya, ketika itu beliau menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal, mulai 2008 hingga baru-baru ini Hulu Kelang adalah sebahagian daripada Parlimen Gombak.

“Tak timbul saya lari dari satu kawasan ke kawasan lain. Sebagai pemimpin kita harus bersedia memberikan khidmat di mana jua yang diperlukan oleh rakyat,” tambahnya.

BBerkaitan

Latest articles