More

    Azmin Kata PRU15 ‘Lambat Lagi’

    Sementara perbincangan pembahagian kerusi antara parti-parti di dalam Perikatan Nasional (PN) belum lagi dimuktamadkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak akan berlangsung dalam masa terdekat.

    PRU15: BN Mahu Pertahan Semua Kerusi Tradisi

    “PRU lambat lagi,” katanya ringkas.

    Azmin juga enggan mengulas kemungkinan jika ia bakal diadakan pada bila-bila masa terdekat mulai sekarang, meskipun kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.

    Azmin juga hanya menjawab ‘runding’ apabila diajukan mengenai ketegasan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kesemua kerusi yang ditandinginya pada PRU14 yang lalu, termasuk yang dimenangi dalam beberapa siri pilihan raya kecil sepanjang tempoh dua tahun ini.

    Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di Twitternya, malam semalam.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini