SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mendakwa bekas Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamed meletakkan jawatannya pada 2020 kerana sikap pelupanya.
Perkara itu dimaklumkan Azmin kepada l bih 2,000 ahli PN ketika melancarkan persidangan Bahagian Bersatu dan pelancaran jentera Pilihan Raya Bersatu Selangor semalam, sebagaimana selepas beliau mengadakan satu pertemuan bersama Dr. Mahathir baru-baru ini.
“Tun Dr Mahathir pun pening, akhirnya dia letak jawatan. Dia panggil saya baru-baru ini, dia kata Azmin apa berlaku di Langkah Sheraton, saya kata tak ada langkah (Sheraton).
“Saya duduk dua jam bersama Tun dan saya kata tidak ada langkah cuma makan-makan sahaja.
“Tun letak jawatan kenapa? Itulah, entah saya lupa,” kata Azmin.
Turut hadir adalah Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.
Untuk rekod, Dr. Mahathir bertindak meletakan jawatan Perdana Menteri pada 24 Februari 2020 sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Ia mengakibatkan kerajaan PH tumbang dan PN berjaya membentuk kerajaan dan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, Bersatu bukan pengkhianat PH seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Malah berkata, parti pimpinan Muhyiddin adalah penyelamat kepada rakyat daripada terus dibohongi PH.
“Tapi tuduhan yang dilemparkan itu melampau sehingga mereka bersungguh-sungguh mencipta naratif bahawa kita ini semua pengkhianat, maka kerusi-kerusi pengkhianat ditentang habis-habisan.
“Saya nak tanya, siapa pengkhianat sebenarnya?,” soal Azmin.