Azmin Bertembung Dengan Amirudin Di Gombak?

 

 

 

KUALA LUMPUR: Bagi membuktikan kerusi ‘pengkhianat’ di Gombak masih kuat pengaruh dan dimiliki oleh PKR dan Pakatan Harapan (PH), khabar angin bertebaran bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bakal dicalonkan di sana bagi menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

 

Azmin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menang dengan majoriti besar atas tiket PH pada PRU-14.

 

Namun, beliau bertindak melompat meninggalkan PKR selepas itu.

 

Memetik laporan Malaysia Gazette, Amirudin adalah calon paling tepat untuk berdepan Azmin yang sudah lama menang di Parlimen itu.

 

Dikhabarkan pencalonan Amirudin diperolehi selepas satu mesyuarat yang diadakan hari ini oleh kepimpinan tertinggi parti.

 

“Menteri Besar hendak buktikan bahawa Gombak adalah kubu kuat PKR, PH. Maruah dan mandat pengundi Gombak yang telah menjadi mangsa khianat perlu dikembalikan.

 

“Untuk makluman, kita (jentera MB dan PH) akan all out bagi memastikan kemenangan ini milik kita. Masyarakat juga celik dan tahu siapa Mohamed Azmin ini yang khianat parti sendiri demi kuasa tetapi harganya dibayar oleh pengundi Gombak,” katanya.

 

Pada PRU14, Azmin memenangi kerusi Parlimen Gombak mewakili PKR dengan meraih 75,113 undi, menewaskan calon dari UMNO yang memperoleh 26,392 undi, manakala Pas sebanyak 17,537 undi.

 

Sebelum ini juga, Azmin tampil mencabar Anwar untuk bertanding di Gombak untuk menentukan siapakah yang diterima oleh masyarakat setempat di sini.

 

Malah Anwar juga seolah-olah memberi bayangan hendak bertanding di kerusi ‘pengkhianat’.

 

Gombak, antara kerusi yang dispekulasikan bakal ditandingi Anwar, bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila Presiden PKR itu mengumumkan bertanding di Tambun.

 

BBerkaitan

Latest articles