More

    Azis Buat Fitnah, Apa Sumbangan Sepanjang Jadi Timbalan Di KDN?, Soal Pemuda PCS

    Sudahlah berdiam diri berkenaan tuntutan Filipina terhadap Sabah, kini mempertikai kewibawaan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman ketika menjadi menteri luar suatu ketika dahulu.

    Ketua Pemuda PCS Bahagian Sepanggar, Haziq Murshidi juga berkata Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd. Azis Jamman mahu mengalihkan isu berkenaan kegagalan kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

    Haziq juga menyifatkan Azis seperti ‘buta dan tidak membaca akhbar dan media sosial’ sehingga mengeluarkan hujah yang tidak berasas seperti tidak pernah menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan persekutuan iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN).

    Tegasnya lagi Anifah lebih bijak berbanding Shafie dalam menangani isu tuntutan Filipina kerana tidak pernah melayan segala rundingan dengan kerajaan Filipina dan menasihati Perdana Menteri, Menteri Kabinet pada kerajaan dahulu supaya tidak memberi ruang rundingan.

    Bukan itu sahaja Haziq turut menempelak langkah Shafie membawa soal tuntutan ke atas Sabah ke Mahkamah Sepanyol kerana Malaysia boleh terperangkap dengan tipu helah Filipina dan menjejaskan kedaulatan negeri Sabah di masa akan datang.

    “Azis perlu munasabah diri sendiri, apa sumbangan dia sepanjang menjadi timbalan Menteri KDN selain memperkenal PSS yang mesra kepada PATI?”

    “Azis juga perlu tanya kepada Presiden Parti dia apa kenyataan yang tegas daripada Shafie semasa tuntutan ini disuarakan oleh setiusaha luar negeri Filipina mengatakan Sabah sebahagian daripada Filipina?” soal Haziq.

    Isu tuntutan Filipina ke atas Sabah menjadi perdebatan antara Anifah dan Shafie yang mendakwa kerajaan negeri seperti membisu dalam menangani isu sensitif ini dan membiarkan rakyat tertanya-tanya apakah langkah yang telah diambil untuk menjaga kedaulatan negeri.

     

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini