More

    Azhar Janji Galas Tanggungjawab Baru Tanpa Kontroversi

    Bukan sahaja bertindak mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan sedia ada, Speaker Dewan Rakyat yang baru, Datuk Azhar Azizan Harun bertegas untuk mengelakkan kontroversi sepanjang memegang jawatan berkenaan.

    “Masyarakat mengatakan bahawa ketika saya dilantik sebagai pengerusi SPR (akan ada kontroversi), tetapi saya tidak bertindak sedemikian. Saya juga tidak akan bertindak kontroversi di sini, ini adalah tugas.

    “Kami melakukannya sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan dan saya berhasrat untuk menegakkannya,” katanya menerusi sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat, hari ini.

    Azhar dilantik menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang digugurkan jawatannya, selepas Perdana Menteri mengusulkan pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

    Usul pertukaran itu dipersoal pembangkang dengan mengenai apakah salah laku Mohamad Ariff sehingga perlu ditukar, malah proses pelantikan Azhar juga dibantah kerana dilakukan tanpa mengambil undian ahli-ahli parlimen.

    Usul penyingkiran Ariff yang dibentangkan pagi tadi diluluskan melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 111 anggota parlimen bersetuju manakala 109 lagi menolak usul berkenaan.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini