More

    Azeez Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan Terhadap Ahli Parlimen DAP

    Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini memulakan hari kedua Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini dengan meminta Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memohon maaf terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.

    Persidangan Dewan Rakyat hari pertama pada semalam menjadi sedikit kecoh apabila Azeez mengeluarkan kata-kata ‘gelap, tak nampak’ ketika wakil rakyat DAP itu mempersoalkan berkenaan ketiadaan ahli parlimen wanita yang diusulkan bagi menggantikan anggota Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

    “Saya telah meneliti handsard dan kejadian tersebut, saya mengambil keputusan bahawa perkataan tersebut adalah agak menyinggung dan mengarahkan Baling untuk memohon maaf dan menarik balik perkataan tersebut,” kata Azhar.

    Azeez segera bangun dari tempatnya selepas Azhar meminta berbuat demikian dan memohon maaf serta menarik balik kata-katanya.

    Kasthuri dalam pada itu gembira dengan tindakan Azeez selain berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini