Azam Baki Tepis Wujud Konflik Kepentingan Akaun Saham Digunakan Adik Untuk Perniagaan

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki hari ini menafikan dirinya mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat, seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak, sejak kebelakangan ini.

Dalam satu sidang media khas petang tadi, Azam tegas mahu mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan berkenaan.

Ini termasuklah media sosial Twitter, dengan akaun bernama Edisi Siasat yang sejak beberapa bulan lalu yang mengaitkannya dengan perbuatan salah laku.

Azam, dalam masa yang sama menyifatkan tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah untuk menjatuhkan reputasinya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain cuba mengambil kesempatan menghakis kepercayaan masyarakat ke atas badan berkanun itu dengan menjadikan beliau sebagai sasaran.

“Saya sedar dan insaf ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh hampir semua KP (Ketua Pesuruhjaya) SPRM.

“Saya memberi akujanji akan melaksanakan tugas dan tanggungawab yang telah diamanahkan kepada saya dalam tempoh perkhidmatan saya sebagai KP SPRM untuk membawa SPRM kearah menjadi sebuah badan yang wibawa, professional dalam tindakan dan penuh integriti,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Malah menjelaskan berkenaan akaun saham yang didakwa membabitkan konflik kepentingan peribadi, Azam mendakwa tidak wujud isu sedemikian.

Ujarnya, saham-saham itu dibeli oleh adiknya melalui pasaran terbuka menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.

Tegasnya, saham-saham tersebut akhirnya telah dipindahkan kepada akaun saham miliknya sendiri.

“Saya ingin menegaskan dalam isu saham ini, saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tuduhan terdapat konflik kepentingan di pihak saya seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas.

“Saya telah jelaskan kepada Panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun saham saya digunakan oleh adik saya untuk membuat urus niaga beliau dan saya tiada kepentingan atau benefisial ke atas saham-saham yang dibeli itu,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles