KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said meletak jawatan sebagai Penasihat Khas Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri adalah tidak benar.
Perkara itu disahkan oleh sumber yang dekat Azalina, sekaligus menepis khabar angin yang tular di media sosial hari ini.
“Sehingga kini YB Datuk Seri masih lagi penasihat khas Perdana Menteri,” katanya memetik laporan MalaysiaGazette.
Untuk rekod Azalina dilantik ke jawatan tersebut pada 2 Oktober 2021, selepas meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 23 Ogos 2021 atas beberapa alasan.
Khabar angin kononnya peletakan jawatan Azalina timbul rentetan ucapannya berkaitan pelantikan Peguam Negara di majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur, Sabtu lalu
Memetik ucapannya, Azalina berkata pelantikan Peguam Negara adalah atas nasihat Perdana Menteri maka dia harus melantik ‘orang dia’ untuk mudahkan segala urusan.