KUALA LUMPUR: Pembiaya dana dalam kes tuntutan Sulu terhadap kerajaan Malaysia yang dibuat melalui proses timbang tara dipercayai dari Amerika Syarikat (AS).
memetik laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia berdasarkan jumlah pelayar di laman sesawang ‘Malaysia-Sulu Case’.
Azalina berkata, Kabinet sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan kerana bukti yang diperoleh tidak menyeluruh.
“Jadi kita mahu betul-betul mengesahkannya tetapi banyak catatan adalah dari AS, sebab itu kita maklum dalam laman sesawang kita banyak dari sana (AS).
“Kita tidak tahu mereka ini yang dari AS yang seronok hendak melihat negara ASEAN terbabit dalam proses… saya tidak tahu, tapi ada ‘link’ yang banyak fokus di AS,” katanya pada sidang media Kes Malaysia – Sulu di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia hari ini.
Sementara itu, ditanya mengenai dalang di kalangan rakyat tempatan yang terbabit dalam tuntutan berkenaan, Azalina berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan.