Melalui rancangan pemulihan ekonomi Malaysia yang akan datang, sebagaimana yang disebut oleh Perdana Menteri pada Jumaat yang lalu, dilihat bakal menjadi dasar ekonomi yang paling penting buat generasi ini. Apatah lagi di kala dunia sedang menghadapi fasa kemelesetan yang semakin memburuk, maka kerajaan perlu mempunyai komitmen yang besar meskipun ia mungkin membawa kita ke suatu arah yang baru.
Pertama sekali, singkirkan apa yang dinyatakan sebagai ‘indah khabar dari rupa’. Realitinya, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin tidak begitu banyak memberi rangsangan dalam merawat ekonomi negara yang sedang berhibernasi. Begitu juga dalam merancang dasar pemulihan ekonomi masa hadapan perlu mengambilkira unsur pengekalan dan survival, apatah lagi dengan kadar pengangguran yang semakin tinggi dan insolvensi yang berskala besar. Perlu sedar bahawa wujudnya keperluan untuk transaksi kewangan tunai dan bantuan kecairan isi rumah.
Apakah bahagian pemulihan sebenar dalam rancangan ini? Pada saya, saya percaya ia bermula dengan peralihan cara berfikir yang utama; iaitu dengan menyasarkan pekerjaan dan pendapatan isi rumah dan bukannya dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kebimbangan terhadap KDNK sebagai petunjuk utama kesihatan ekonomi negara adalah baik. Namun, mungkin pada masa sekarang ia perlu bertumpu kepada isu pemberhentian kerja dan kehilangan pendapatan, maka kita akan mempunyai pandangan pragmatik yang jelas; ‘Utamakan pekerjaan, pekerjaan, pekerjaan’.
Bagi tujuan itu, ekonomi negara perlu kembali kepada peluang pekerjaan dengan kadar segera.
Tentunya, ia mudah diungkapkan dari melakukannya. Sebagaimana disebutkan, banyak syarikat telah ditutup dan ramai pekerja hilang mata pencarian.
Saya melihat ada perkara yang boleh dilakukan pada penghujung Mac lalu, namun kali ini mari kita fokus kepada apa yang boleh kita lakukan sekarang. Dan ini adalah beberapa cadangan dari diri saya.
Pertama, kita cuba kurangkan kadar kehilangan pekerjaan di sektor swasta dengan meningkatkan dan memudahkan subsidi upahan. Inilah yang dilakukan oleh negara jiran kita, Singapura.
Tetapkan perangkaan khusus terhadap sektor ini dengan 25 hingga 75 peratus daripada rang undang-undang gaji dibatasi pada jumlah yang sama, katakan RM5,000 setiap bulan pada setiap pekerja.
Kerajaan berada pada posisi yang baik untuk membuat kira-kira berapakah kos yang diambil dalam dasar ini, dengan mempertimbangkan pampasan setiap pekerja dalam kadar 35 peratus daripada KDNK, atau kita anggarkan sekitar RM40 bilion dalam tempoh tiga bulan ini.
Jelas, dalam usaha kita memberi suntikan sebegini ia perlu didatangkan dengan beberapa syarat supaya ia dapat membantu sektor pekerjaan semata-mata. Fikirkan juga beberapa aspek ketiadaan pembelian balik sahan dan tiada kenaikan gaji eksekutif untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Tidak perlu dijelaskan bahawa bantuan sebegini tidak boleh dilakukan dalam masa yang panjang. Cukup dengan tempoh tiga bulan untuk memberi ruang setiap individu yang terjejas untuk bernafas, selain menentukan apakah rancangan jangka masa sederhana dan panjang nanti. Namun, beberapa langkah radikal perlu dipertimbangkan juga sekiranya krisis kesihatan global ini tidak pulih selepas Julai.
Contohnya, bagi sektor kritikal, kerajaan boleh bertindak sebagai pembeli untuk mengatasi jangkaan permintaan yang rendah, sama ada dari hasil pertanian atau tiket penerbangan, kesemuanya perlu dinyatakan. Meskipun ia bertentangan dengan konvensyen, namun jika kita masih beroperasi dengan cara lama, umpamanya kita meletakkan diri kita di dalam sebuah pertempuran yang kalah.
Ya, saya boleh mendengar ada yang menjerit dan menyatakan ‘No Bailout’ ketika saya menulis tentang hal ini. Sentimen sebegini ada asasnya, oleh itu bantuan dalam suatu jangka masa yang panjang perlu dilakukan dengan cara kerajaan menjamin kedudukannya dengan membeli perusahaan yang terbabit melalui waran untuk syarikat awam atau saham pilih yang boleh ditukar tebus.
Sekiranya syarikat yang dibantu itu masih tidak berjaya dalam tempoh matang yang ditetapkan, kerajaan boleh menukar instrumen ini kepada saham biasa dan memberi pilihan lain selepas ketidkaupayaan itu diselesaikan. Ini bukan sahaja membendung budaya kebergantungan sektor korporat kepada bantuan kewangan, malah langkah-langkah seperti yang disebutkan tadi mampu mengimbangi kerajaan, selain membolehkan ia menerima pembayaran terlebih dhaulu sebelum diambil oleh oleh golongan tycoons.
Sekiranya apa yang disebut di atas tadi masih gagal atau tidak mencukupi, dan barulah program jaminan pekerjaan kerajaan boleh dimulakan. Saya suka melihat idea ini walaupun ia memerlukan butiran yang lengkap dan terperinci dalam bagaimana ia boleh dilaksanakan.
Kesemua pilihan tersebut membawa maksud kepada sejumlah peruntukan yang besar. Mungkin juga memerlukan perubahan dari segi undang-undang. Malah mereka juga harus seiring dengan panduan jangka panjang untuk membangunkan infrastruktur dan ekonomi hijau negara. Mungkin juga jumlah hutang negara akan melebihi KDNK.
Pandang sekeliling, seperti Jepun, Amerika Syarikat, Singapura, negara-negara Eropah tanpa adalah kedaulatan monetari, mungkin berdepan dengan hampir atau lebih halangan psikologi sehingga 100%.
Secara ironinya, krisis ini memberi peluang kepada kita untuk mengikis paradigma yang berdekad lamanya berkenaan hutang, operasi monetari dan peranan sebenar sesebuah kerajaan.
Kerap kali kita berasa risau dengan langkah yang lebih berani dan ke depan. Mungkin kita perlu mempertimbangkan juga untuk membuang kos tidak efektif dan cara lama dalam pentadbiran. Kadar pengangguran yang semakin tinggi berbanding tempoh pra-krisis yang lalu, begitu juga dengan tahap stagflasi yang tidak memberi hasil. Di mingu-minggu akan datang akan memberi petunjuk tentang pihak manakah yang kerajaan akan berpihak.
Shahril Sufian Hamdan adalah Ketua Penerangan UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO.
Komentar dipetik dari The New Straits Times, pada tarikh 3 Mei 2020.