Audit Keselamatan JPJ Bakal ‘Gempur’ Semua Syarikat Bas, Kenderaan Perdagangan

GERIK: Susulan tragedi menyayat hati yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik-Jeli, Kementerian Pengangkutan bakal melancarkan audit keselamatan besar-besaran terhadap semua pengendali pengangkutan awam dan kenderaan perdagangan di negara ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, berkata langkah drastik itu diambil selepas siasatan mendapati syarikat bas terlibat gagal mematuhi tujuh aspek wajib dalam Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA).

“Kegagalan termasuk tiada pegawai keselamatan (OSH-C), tidak pantau kelajuan melalui GPS, langgar had masa pemanduan lapan jam dan gagal beri rehat 30 minit setiap empat jam,” katanya dalam sidang media di IPD Gerik, hari ini.

Selain itu, syarikat bas terbabit gagal menyediakan pelan kecemasan (ERP) dan tiada hotline pelanggan, menunjukkan kelemahan ketara dalam pengurusan keselamatan.

Anthony menegaskan bahawa audit keselamatan sebenarnya telah lama dijalankan secara berkala, tetapi pendekatan sedia ada kini terbukti tidak mencukupi.

“Mulai sekarang, kita akan laksanakan audit besar-besaran ke atas semua pengendali. Jangan tunggu JPJ datang, buat audit sendiri. Kalau tidak patuh, kita gantung lesen,” katanya tegas.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya JPJ hanya bertindak selepas berlaku kemalangan besar.

“Saya nak tegaskan, JISA memang dibuat berterusan, termasuk untuk kes kecil. Tapi selepas tragedi ini, kita akan buat lebih agresif,” tambahnya.

BBerkaitan

Latest articles